Monday 18 July 2011

konsep pengajaran dan pembelajaran

Konsep Asas Pengajaran
Pengajaran : Satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.
-       Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudah cara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi yang optimum
Prinsip-Prinsip Pembelajaran
Lapan prinsip yang diadaptasi daripada model Ewell (1997) :
1.    Penglibatan aktif
2.    Perkaitan dan corak/Konstruktivisme
3.    Pembelajaran informal
4.    Pengalaman langsung
5.    Situasi mendesak (Compelling situation)
6.    Maklum balas berterusan
7.    Suasana yang menyeronokkan
8.    Refleksi
1. Penglibatan aktif
Merupakan keadaan di mana pelajar berinteraksi secara aktif dengan bahan pembelajaran serta dapat mengigat kembali maklumat dengan berkesan.
Contoh aktiviti pembelajaran aktif terdiri daripada :
a)    Perbincangan secara kelas atau secara online
b)    Pembelajaran koperatif : contohnya think-pair-share iaitu pelajar mengambil masa untuk mengigati pelajaran lepas dan berbincang dengan rakan sebaya. Kemudian mereka berkongsi pengalaman dan idea dengan kelas sebagai perbincangan formal. Guru berperanan menerangkan kekeliruan yang wujud.
c)    Latihan bertulis : contohnya one minute paper untuk pelajar meninjau dan membuat review bahan pembelajaran.
d)    Aktiviti mengkaji proses semula jadi dalam ekosistem serta membina model-model proses semula jadi.
2. Perkaitan dan corak
Adaptasi terhadap konteks pembelajaran baru dan tugasan dengan mengait, mengorganisasi dan menggunakan pengetahuan serta kemahiran yang telah dipelajari ke dalam struktur-struktur baharu.
3. Pembelajaran Informal
Pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah ataupun dalam waktu pengajaran. Pembelajaran merupakan sesuatu yang tidak formal dan boleh dipelajari di mana-mana sahaja serta pada bila-bila masa.

4. Pengalaman langsung
Pembelajaran langsung bergantung kepada proses pelajar membina makna berdasarkan pengalamannya
Contoh :
Pelajar di bawa ke zoo di mana pembelajaran melalui pemerhatian dan interaksi dalam persekitaran zoo berbanding dengan membaca tentang haiwan di dalam buku.
5. Situasi mendesak
Situasi yang kompleks dan mendesak akan dapat memotivasikan pelajar untuk mencari penyelesaian
Antara cara guru boleh mewujudkan situasi mendesak ialah :
a)    Menyediakan standard tinggi terhadap tingkah laku pelajar di dalam atau di luar bilik darjah.
b)    Memberi pelajar tanggungjawab yang lebih dalam kepimpinan
c)    Mewujudkan jadual dan persekitaran yang menggalakkan aktiviti secara intensif.
d)    Menyediakan pembelajaran secara kontekstual
6. Maklum Balas Berterusan
Maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaian tindakan serta responds mereka.
·         Pelajar dapat menyemak kesesuaian prestasi serta memantau kemajuan pembelajaran
·         Maklum balas positif untuk : memberikan maklumat kpd pelajar tentang aspek pembelajaran atau perlakuan yg sesuai.
·         Maklum balas negatif untuk : memaklumkan perlakuan yang salah
·         Maklum balas berkesan ialah maklum balas berdasarkan analisis yang tepat tentang prestasi pelajar dalam situasi pembelajaran
7. Suasana yang menyeronokkan
Menurut Ewell (1997) suasana yang menyeronokkan ialah : interaksi peibadi dan sokongan padu daripada guru secara peribadi.
·         Persekitaran emosi bilik darjah dipengaruhi suara guru, gaya kepimpinan, guru, sikap, kemesraan, kawalan kelas dan penggunaan ganjaran di dalam bilik darjah.
8. Refleksi
·         Proses memikirkan atau merenung kembali pengalaman dan impilikasinya terhadap diri kita

-       Amalan refleksi dapat merangsang kemahiran penilaian kendiri yang memberikan hala tuju tentang apa yang telah dicapai dan apa yang perlu ditambah baik.

Pembelajaran
Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sabaik sahaja dilahirkan . Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. Walaubagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan, makan, penyakit dan kelaparan tidak dianggap sebagai pembelajaran.

Definisi Pembelajaran
Terdapat perbezaan pendapat mengenai pengertian pembelajaran di antara ahli-ahli psikologi pendidikan mengikut mazhab atau fahaman psikologi masing-masing. Berikut adalah definisi pembelajaran mengikut beberapa orang ahli psikologi pendidikan.


Tokoh Ahli
Psikologi/ Pengarang
Tajuk Buku
Definisi Pembelajaran
Robert M Gagne
The Conditions
of Learning,
1970.

Pembelajaran adalah perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat
dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan. Perubahan yang dipanggil pembelajaran diperlihatkan melalui perubahan tingkah laku; dengan membandingkan tingkah laku seseorang individu sebelum didedahkan kepada situasi pembelajaran dengan tingkah lakunya selepas didedahkan dengan
situasi pembelajaran.
Morgan dan King

Introduction to
Psychology,
1975

Pembelajaran ditakrifkan sebagai sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya.
E.R. Hilgard, R.C.
Atkinson dan R.L.
Atkinson

Introduction to
Psychology,
1975.

Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal hasil dari pengalaman. Perubahan ini mungkin tidak jelas sehingga timbul suatu situasi yang menonjolkan tingkah laku baru ini; pembelajaran biasanya tidak diperlihatkan dengan serta-merta melalui pencapaian.
Henry Clay Lindgren
dan Donn Byrne

Psychology: An
Introduction to a
Behavioral
Science, 1976.

Perkataan ‘pembelajaran’ melambangkan konsep atau idea bagi menerangkan perubahan tingkah laku yang diperlihatkan oleh seseorang.
Morris L. Bigge

Learning
Theories for
Teachers, 1982.

Pembelajaran merujuk kepada beberapa perubahan sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi yang tertentu
Kelvin Seifert

Educational
Psychology,
1983.

Pembelajaran merangkumi perubahan tingkah laku yang agak kekal disebabkan oleh pengalaman tertentu atau ulangan pengalaman.


Jenis-jenis Pembelajaran
Gagne mendefinisikan pembelajaran sebagai “a change in human dispositionor capability, which persist over a period of time and which is not simply ascribe to processes of growth”. Menurut Gagne, terdapat 5 jenis pembelajaran iaitu kemahiran intelek, maklumat verbal, strategi kognitif, kemahiran psikomotor dan sikap.
a)    Kemahiran Intelek  - merujuk kepada pengetahuan procedural atau ‘tahu bagaimana’. Pada peringkat permulaan membaca, menulis dan menggunakan nombor ialah jenis-jenis simbol asas yang dipelajari. Apabila pembelajaran berlanjutan, simbol digunakan secara kompleks untuk membeza, menggabung, mengklasifikasi, menganalisis dan mengkelompok objek, peristiwa, simbol dan lain-lain. Gagne membezakan 8 kategori intelek di mana manusia belajar iaitu pembelajaran isyarat, pembelajaran rangsangan, rantaian, asosiasi verbal, pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran hukum, penyelesaian masalah. Untuk pembelajaran yang berkesan, kemahiran intelek perlulah disusun mengikut hierarki kesukaran seperti mengenalpasti rangsangan, menjana respons, mengguna istilah, diskriminasi, membentuk konsep, menaplikasi hukum, dan menyelesaikan masalah.

b) Maklumat Verbal - merujuk kepada kebolehan individu menyatakan sesuatu fakta atau set peristiwa secara lisan atau bertulis. Sebelum mampu berbuat demikian, seseorang itu harus mempunyai kemahiran intelek untuk menyebut pernyataan. Pelajar adalah digalakkan untuk mengkelompokkan maklumat (chunking) dan merekod pembelajaran secara bermakna dan difahami oleh pelajar dan mampu memberi kefahaman kepada orang lain.

c) Strategi Kognitif - kebolehan pelajar mengawal kemahiran dalaman, iaitu memberi perhatian, belajar, mengingat dan memikirkan hal yang berkaitan. Juga dikenali sebagai proses kawalan eksekutif kerana merujuk kepada konsep pemprosesan maklumat. Semua ini dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Guru boleh membantu pelajar dalam menguatkan strategi kognitif dalam proses mengingat dan menguasai sesuatu pembelajaran seperti memberi peneguhan dan strategi pembelajaran yang kreatif.

d) Kemahiran Psikomotor  - Kebolehan menggunakan anggota fizikal dalam pembelajaran. Seseorang individu dapat dikatakan menguasai kemahiran psikomotor sekiranya mampu mengatur pergerakan secara menyeluruh dan lancar serta bertepatan. Ia dapat ditingkatkan dengan latihan yang berterusan.

e) Sikap - Merujuk kepada keadaan dalaman yang berupaya mengawal tindakan peribadi terhadap rangsangan atau objek tertentu. Penekanan ialah sikap terhadap tingkah laku, iaitu pilihan tindakan yang dilakukan oleh individu. Hasil daripada pelakuan atau tingkah laku merupakan tanda rujukan tentang sikap individu. Dalam menghasilkan sikap yang dimahukan,guru boleh mengaitkan kejayaan dengan sikap tertentu, memberikan contoh/model yang terbaik untuk dicontohi dan peneguhan ke atas sesuatu keberjayaan.
Pada keseluruhannya, pembelajaran melibatkan keseluruhan dan haruslah bermula dengan motivasi dalaman yang mempu mengawal secara keseluruhannya. Kakunya sesuatu benda mampu menolak keupayaan organisasi yang lain untuk seseorang individu itu untuk belajar.